Glade® Mini Gel Lemon
Bahan-bahan
*Item dalam senarai alergen kulit SC Johnson, Ketahui lebih lanjut
Carrageenan merupakan agen pengegelan yang diekstrak daripada rumpai laut dan mempunyai tekstur yang sama seperti gelatin. Ia biasanya digunakan sebagai bahan tambahan makanan dan juga boleh ditemui dalam syampu dan produk kosmetik. Dalam produk kami, ia membantu memekatkan dan menstabilkan ramuan dalam produk supaya ramuan tersebut membentuk tekstur seperti gel yang stabil.
*Item dalam senarai alergen kulit SC Johnson, Ketahui lebih lanjut
Sodium carboxymethylcellulose merupakan pemekat yang juga boleh ditemui dalam produk penjagaan peribadi seperti ubat gigi dan titis mata. Kami menggunakannya untuk meningkatkan tekstur produk dan membantunya mengekalkan tekstur seperti gel.
Kathon CG-ICP merupakan pengawet yang melindungi formula produk daripada bakteria, kulat dan yis untuk mengekalkan kualiti dan prestasi produk. Sesetengah orang mempunyai kebimbangan berkaitan dengan bahan pengawet kerana sebilangan kecil individu mempunyai alahan kepada bahan ini, sama seperti sesetengah orang mempunyai alahan kepada kacang atau lebah. Namun, bahan pengawet memainkan peranan yang amat penting dalam makanan, kosmetik dan produk isi rumah. Tanpa bahan pengawet, banyak produk tidak akan bertahan lebih daripada satu atau dua minggu sebelum dicemari oleh bakteria, kulat atau yis. Oleh itu, kami rasa pilihan yang terbaik adalah untuk menambah bahan pengawet dalam kuantiti berkesan yang paling sedikit untuk melindungi produk kami. Namun, kami akan menyenaraikan bahan pengawet ini dalam formula kami supaya mereka yang mempunyai alahan dalam kalangan anggota keluarga boleh membuat pilihan yang bijak.
Colanyl Yellow G132 merupakan pewarna. Kami menambah pewarna kepada produk atas pelbagai sebab termasuk membantu anda melihat produk semasa anda menggunakannya, apabila produk telah habis digunakan, atau atas sebab estetik. Colanyl Yellow G132 ialah produk Clariant, yang bertanggungjawab terhadap kandungannya.
