Glade Sensations® Refill Fruit Nectar
Bahan-bahan
*Item dalam senarai alergen kulit SC Johnson, Ketahui lebih lanjut
Silica merupakan pemekat yang juga boleh ditemui dalam pelbagai produk kosmetik dan produk penjagaan peribadi. Ia juga dikenali sebagai "silicon dioxide." Dalam produk kami, kami menggunakan silica untuk membantu produk mengekalkan tekstur seperti gel. Bagi sesetengah produk, ia juga berfungsi sebagai agen antipengenap dengan menghalang partikel daripada meresap keluar.
Polysorbate 20 merupakan pengemulsi yang juga boleh ditemui dalam pelembap, alat solek dan syampu. Ia membantu mengikat ramuan dan mengelakkan formula daripada terpisah. Dalam produk beraroma, ia juga membantu memastikan pengagihan haruman secara sama rata. Menambah pengemulsi membantu memastikan produk kami mempunyai prestasi yang sama setiap kali ia digunakan.
Clariant Solvaperm® Yellow 3G merupakan pewarna. Kami menambah pewarna kepada produk atas pelbagai sebab termasuk membantu anda melihat produk semasa anda menggunakannya, apabila produk telah habis digunakan, atau atas sebab estetik. Solvaperm® Yellow 3G ialah tanda dagangan dan produk Clariant, yang bertanggungjawab terhadap kandungannya.
Clariant Solvaperm® Red 2G merupakan pewarna. Kami menambah pewarna kepada produk atas pelbagai sebab termasuk membantu anda melihat produk semasa anda menggunakannya, apabila produk telah habis digunakan, atau atas sebab estetik. Solvaperm® Red 2G ialah tanda dagangan dan produk Clariant, yang bertanggungjawab terhadap kandungannya.