Glade Sensations® Refill Morning Freshness
Bahan-bahan
*Item dalam senarai alergen kulit SC Johnson, Ketahui lebih lanjut
Silica merupakan pemekat yang juga boleh ditemui dalam pelbagai produk kosmetik dan produk penjagaan peribadi. Ia juga dikenali sebagai "silicon dioxide." Dalam produk kami, kami menggunakan silica untuk membantu produk mengekalkan tekstur seperti gel. Bagi sesetengah produk, ia juga berfungsi sebagai agen antipengenap dengan menghalang partikel daripada meresap keluar.
Butylated hydroxytoluene (BHT) merupakan penstabil yang juga boleh ditemui dalam produk kosmetik dan pelembap. Ia bertindak sebagai antioksidan. Kami menggunakannya untuk membantu mengekalkan sifat-sifat dan prestasi produk kerana ia terdedah kepada udara. Badan kawal selia Eropah dan Amerika Syarikat telah meluluskan penggunaan BHT dalam makanan. Terdapat beberapa isu telah dibangkitkan berkaitan dengan penggunaannya dalam bahan makanan. Walau bagaimanapun, produk kami yang mengandungi BHT tidak bertujuan untuk dimakan. Oleh itu, kami merasakan bahawa penggunaan seperti ini boleh diterima.
Polysorbate 20 merupakan pengemulsi yang juga boleh ditemui dalam pelembap, alat solek dan syampu. Ia membantu mengikat ramuan dan mengelakkan formula daripada terpisah. Dalam produk beraroma, ia juga membantu memastikan pengagihan haruman secara sama rata. Menambah pengemulsi membantu memastikan produk kami mempunyai prestasi yang sama setiap kali ia digunakan.
Clariant Solvaperm® Green G merupakan pewarna. Kami menambah pewarna kepada produk atas pelbagai sebab termasuk membantu anda melihat produk semasa anda menggunakannya, apabila produk telah habis digunakan, atau atas sebab estetik. Solvaperm® Green G ialah tanda dagangan dan produk Clariant, yang bertanggungjawab terhadap kandungannya.
Clariant Solvaperm® Orange 3G merupakan pewarna. Kami menambah pewarna kepada produk atas pelbagai sebab termasuk membantu anda melihat produk semasa anda menggunakannya, apabila produk telah habis digunakan, atau atas sebab estetik. Solvaperm® Orange 3G ialah tanda dagangan dan produk Clariant, yang bertanggungjawab terhadap kandungannya.
