Mr Muscle® Marble & Terrazzo Floor Cleaner
Bahan-bahan
Paraffin merupakan campuran lilin yang digunakan untuk membuat lilin dan menyediakan bahan api ketika lilin terbakar. Paraffin merupakan satu daripada lilin yang paling banyak dan yang biasa digunakan pada masa ini. Ia juga boleh ditemui dalam pelbagai produk seperti gincu, mekap mata dan juga produk bayi. Dalam produk isi rumah, kami menggunakan paraffin sebagai pembentuk saputan untuk menghasilkan lapisan pelindung atau kilauan pada permukaan.
Oleic acid merupakan agen pembersihan, atau "surfaktan," dan sejenis asid lemak yang wujud secara semula jadi dalam sesetengah makanan. Asid lemak yang lain ialah stearic acid, lauric acid, myristic acid dan palmitic acid. Dalam produk kosmetik dan produk penjagaan peribadi, asid lemak digunakan dalam krim pembersihan, sabun dan pes. Kami menggunakan oleic acid dalam produk kami untuk menanggalkan kotoran dan mendapan. Bahan ini meliputi partikel kotoran untuk melonggarkannya daripada permukaan tempat ia melekat supaya mudah dicuci. Bagi sesetengah produk, ramuan ini berfungsi sebagai bahan penyebar yang melarutkan sesetengah pencelup.
Polyethylene Wax merupakan pembentuk saput yang juga dapat ditemui dalam produk penjagaan rambut, bahan pencuci pakaian dan lapisan penyalutan lantai. Kami menambahnya kepada produk kami untuk menghasilkan lapisan penyalutan tambahan pada permukaan dan memberikan kesan kilat yang terbaik pada permukaan.
Diethylethanolamine merupakan pelaras pH yang dapat ditemui dalam bahan farmaseutikal, racun serangga dan lapisan penyalutan lantai dan boleh digunakan untuk melaraskan produk agar menjadi lebih berasid, beralkali atau neutral pada skala pH. Bahan ini digunakan dalam produk kami sebagai lapisan penyalutan dan bahan pencuci untuk memastikan pH produk-produk ini serasi dengan bahan lantai yang digunakan di kebanyakan rumah.
*Item dalam senarai alergen kulit SC Johnson, Ketahui lebih lanjut
Potassium hydroxide merupakan pembina yang juga boleh ditemui dalam produk mandian, pembersihan, alat solek dan syampu. Kami menggunakannya untuk membuatkan formula produk membersih dengan lebih baik. Bahan ini mempengaruhi molekul dalam formula supaya ia berfungsi bersama dengan lebih baik. Potassium hydroxide juga boleh digunakan sebagai pelaras pH bersama produk kami. Sebagai pelaras pH, ia membantu mengubah pH sesuatu produk bagi meningkatkan kestabilan formula sepanjang masa.
Polysorbate 20 merupakan pengemulsi yang juga boleh ditemui dalam pelembap, alat solek dan syampu. Ia membantu mengikat ramuan dan mengelakkan formula daripada terpisah. Dalam produk beraroma, ia juga membantu memastikan pengagihan haruman secara sama rata. Menambah pengemulsi membantu memastikan produk kami mempunyai prestasi yang sama setiap kali ia digunakan.
Benzisothiazolinone merupakan pengawet. Ia membantu mengekalkan kualiti dan prestasi produk dengan lebih lama. Sesetengah orang mempunyai kebimbangan berkaitan dengan bahan pengawet kerana sebilangan kecil individu mempunyai alahan kepada bahan ini, sama seperti sesetengah orang mempunyai alahan kepada kacang atau lebah. Namun, bahan pengawet memainkan peranan yang amat penting dalam makanan, kosmetik dan produk isi rumah. Tanpa bahan pengawet, banyak produk tidak akan bertahan lebih daripada satu atau dua minggu sebelum dicemari oleh bakteria, kulat atau yis. Oleh itu, kami rasa pilihan yang terbaik adalah untuk menambah bahan pengawet dalam kuantiti berkesan yang paling sedikit untuk melindungi produk kami. Namun, kami akan menyenaraikan bahan pengawet ini dalam formula kami supaya mereka yang mempunyai alahan dalam kalangan anggota keluarga boleh membuat pilihan yang bijak.
*Item dalam senarai alergen kulit SC Johnson, Ketahui lebih lanjut
Drimarene Turquoise X-B CDG merupakan pewarna. Kami menambah pewarna kepada produk atas pelbagai sebab termasuk membantu anda melihat produk semasa anda menggunakannya, apabila produk telah habis digunakan atau atas sebab estetik.
