Mr Muscle® Fresh Discs Starter Lavender
Bahan-bahan
Ethoxylated alcohol adalah agen pembersihan atau "surfaktan," yang juga boleh ditemui dalam produk pembersihan isi rumah seperti pembersih pelbagai guna dan produk pembersihan kereta. Kami menggunakannya dalam produk kami untuk menanggalkan kotoran dan mendapan. Bahan ini meliputi partikel kotoran untuk melonggarkannya dari permukaan tempat ia melekat supaya mudah dicuci. Ethoxylated alcohol juga boleh digunakan sebagai pengemulsi. Ia membantu mengikat ramuan dan mengelakkan formula daripada terpisah. Apabila masa berlalu, formula dalam produk mungkin akan terpisah. Kami menambah pengemulsi kepada produk apabila diperlukan untuk memastikan produk kami mempunyai prestasi yang sama setiap kali ia digunakan.
*Item dalam senarai alergen kulit SC Johnson, Ketahui lebih lanjut
Glycerin merupakan pelembap yang juga boleh ditemui dalam produk penjagaan peribadi seperti losen kulit. Ia berfungsi dengan menyerap air dan membentuk pelindung pada permukaan untuk membantu mengekalkan kelembapan. Kami menggunakan glycerin dalam produk untuk mengelakkan produk daripada menjadi kering dan berpecah.
Sodium laureth sulfate merupakan ejen pembersihan, atau "surfaktan," yang juga boleh ditemui dalam ubat gigi, syampu, dan mandian buih. Kami menggunakannya dalam produk kami untuk menanggalkan kotoran dan mendapan. Bahan ini meliputi partikel kotoran untuk melonggarkannya daripada permukaan tempat ia melekat supaya mudah dicuci.
Isotridecanol, Ethoxylated adalah agen pembersih atau "surfaktan" yang juga boleh ditemui dalam kosmetik, pemproses logam dan pelincir. Kami menggunakannya dalam produk kami untuk menanggalkan kotoran dan mendapan. Bahan ini meliputi partikel kotoran untuk melonggarkannya daripada permukaan tempat ia melekat supaya mudah dicuci.
PEG-150 (polyethylene glycol) merupakan pengemulsi yang juga boleh ditemui dalam sabun, syampu dan pencuci badan. Ia membantu mengikat ramuan dan mengelakkan formula daripada terpisah. PEG-150 merupakan alkohol yang membantu mengekalkan campuran minyak dan air sebati. Apabila masa berlalu, formula dalam produk mungkin akan terpisah. Kami menambah pengemulsi kepada produk apabila diperlukan untuk memastikan produk kami mempunyai prestasi yang sama setiap kali ia digunakan.
Atas sebab-sebab persaingan, pembekal proprietary polymer solution ini telah meminta kami merahsiakan maklumatnya, dan kami terikat secara undang-undang untuk berbuat demikian. Namun, kami boleh memberitahu anda ia adalah satu larutan polimer akueus yang kami gunakan dalam produk kami untuk membantu menyelaraskan keteraliran supaya produk itu boleh disebarkan sama rata dan membantu mencegah kesan kotoran.
C.I. 60730 adalah pewarna. Kami menambah pewarna kepada produk atas pelbagai sebab termasuk membantu anda melihat produk, apabila produk habis digunakan atau atas sebab estetik. Pewarna ini boleh didapati daripada pelbagai pembekal yang bertanggungjawab terhadap kandungannya.
