Langkau ke Kandungan Utama

SC Johnson
palet haruman

Semak Ramuan Haruman


Senarai penuh ramuan haruman yang dipilih oleh pakar haruman kami untuk menghasilkan bauan SC Johnson boleh ditemuidi bawah.

Perlu ingat yang kesemua ramuan ini adalah molekul yang sangat kecil. Gabungan haruman tipikal mungkin adalah hasil campuran 50 hingga 200 bahan untuk menghasilkan bauan yang sempurna. Walaupun begitu, haruman biasanya masih lagi kurang 2% daripada kandungan produk.

Kami berkongsi palet haruman penuh kami bagi membolehkan mereka yang mempunyai masalah alahan atau kebimbangan mengenai sesuatu ramuan untuk melihat jika ia mungkin digunakan. (Lawati halaman produk individu kami untuk mengetahui ramuan haruman khusus produk.)
 

Jika kami menggunakan ramuan yang membimbangkan anda, sila hubungi kami di talian  1800-88-0081  dan kami akan membantu anda untuk membuat pilihan produk yang sesuai.

Ambil perhatian: Palet Haruman SC Johnson telah dibangunkan dalam tahun 2000an dan dirasmikan dalam tahun 2012. Kami menggunakannya sebagai panduan kami apabila produk baharu dibangunkan atau produk sedia ada dikemas kini. Produk yang lama dan yang tidak dikemas kini masih boleh menggunakan ramuan prapelet tetapi semua bahan produk SC Johnson memenuhi standard sedia ada kerajaan dan industri. Kami sedang bergerak maju mengemas kini baki produk dalam portfolio kami untuk menjajarkan dengan palet. Kami juga akan mempertingkatkan palet sedia ada secara berterusan dengan menambah atau membuang ramuan kerana maklumat atau penyelidikan baharu mencadangkan penambahbaikan dilakukan.