Langkau ke Kandungan Utama

SOALAN SERING DITANYA (SOALAN LAZIM)

Anda mempunyai soalan? Di sini anda akan menemui beberapa soalan yang biasa ditanya orang ramai, dan banyak lagi.

Lihat Semua Soalan Lazim

  • Kami memahami bahawa anda menggunakan produk kami di persekitaran manusia, haiwan peliharaan dan barang yang anda sayangi. Jadi, kami mahu memberikan anda maklumat yang anda perlukan bagi membuat pilihan terbaik untuk keluarga anda.

  • Ia bermula dengan keperluan pengguna atau inovasi yang kami fikir akan mendapat sambutan daripada anda. Kami dapatkan input daripada pengguna, penjual, pembekal dan pelbagai pihak lain. Kemudian, kami mulakan proses mencipta produk dengan mengambil kira aspek penggunaannya dan bagaimana ia akan berfungsi serta potensi jangka hayat produk dan faktor lain yang berkaitan. Menggunakan sistem klasifikasi yang dibangunkan secara dalaman, dikenali sebagai proses Greenlist SC Johnson, para saintis memilih ramuan yang boleh dipercayai oleh keluarga. Mereka membuat penilaian berdasarkan kesan ramuan pada alam sekitar dan kesihatan manusia. Setelah produk itu siap dan memenuhi standard kualiti serta prestasi, bahagian pembuatan akan menghasilkan produk itu mengikut spesifikasi dan ujian kualiti akan dilakukan, sekali lagi.

    Matlamat kami adalah untuk sentiasa memberikan produk yang anda boleh percayai dan menepati tradisi inovasi dan kualiti kami. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Proses Greenlist kami, klik di sini.

  • SDS bermaksud Lembaran Data Keselamatan dan MSDS adalah Lembaran Data Keselamatan Bahan. Dokumen ini perlu disediakan di bawah undang-undang produk kimia yang digunakan dalam industri. Oleh kerana penggunaan bahan dalam industri berbeza dengan di rumah, SDS/MSDS menyediakan butiran yang diperlukan apabila produk digunakan dalam kadar, tempoh atau tahap kepekatan lebih tinggi daripada yang anda gunakan di rumah–. Sebagai contoh, bagi penggunaan kuantiti besar oleh perniagaan cucian komersil atau jika dihantar secara pukal dalam bekas 50 gelen. SDS/MSDS direka untuk pihak perniagaan atau pekerja yang perlu mengetahui tentang cara mengendali, menyimpan atau melupuskan produk dalam keadaan ini. Walaupun ia tidak diguna pakai sepenuhnya bagi penggunaan produk dalam isi rumah yang biasa , kami menyediakan akses mudah kepada SDS/MSDS dalam setiap halaman produk di laman web ini bagi mereka yang memerlukannya.

  • Ketika kali pertama melancarkan program pendedahan ramuan, kami menyasarkan untuk menggunakan sejenis sistem penamaan sahaja, Tatanama Antarabangsa Ramuan Kosmetik (INCI) untuk kemudahan semua. Ini adalah nama yang sering dilihat pada kosmetik dan produk peribadi, jadi kami fikir ini adalah yang paling mudah difahami oleh semua pengguna.

    Walau bagaimanapun, memandangkan tatanama INCI adalah khusus untuk industri penjagaan peribadi, sebahagian ramuan yang kami gunakan tiada dalam senarai INCI. Bagi kes seperti ini, kami menggunakan kamus ramuan yang dikongsi oleh industri produk isi rumah A.S. Kami turut mengambil bahagian dalam kerjasama industri melalui Persatuan Produk Khas Pengguna (CSPA) yang menentukan tatanama tersebut.

    Hasilnya, nama ramuan kami adalah kombinasi antara tatanama INCI global dan kamus CSPA AS. Ada banyak kes nama yang bertindih, tetapi sekiranya tidak, kami memilih nama yang paling biasa digunakan dalam industri atau paling difahami oleh pengguna. Sebagai contoh, apabila kita merujuk kepada air yang digunakan sebagai salah satu ramuan. Istilah INCI adalah aqua. Kami memilih untuk menggunakan daftar nama CSPA dan menggelarnya sebagai air sahaja.

  • Perlu diingat yang semua bahan adalah "bahan kimia". Kimia adalah asas binaan untuk semua yang ada di sekeliling kita termasuk makanan, pakaian dan udara yang kita sedut. Contohnya, air adalah kombinasi bahan kimia antara hidrogen dan oksigen (H2O) dan udara adalah campuran oksigen, karbon dioksida dan pelbagai gas lain. Selain itu, terdapat banyak bahan kimia yang ditemui dalam alam semula jadi yang bertoksik seperti arsenic dan cyanide. Paling penting sekali, ramuan synthetic adalah pilihan yang lebih baik atas pelbagai alasan termasuk kelestarian. Sebagai contoh, jika tidak dituai secara mapan, menggunakan bahan semula jadi seperti kelapa sawit juga boleh membawa kepada kesan negatif seperti penebangan hutan. Dalam hal sebegini, penggunaan bahan pengganti sintetik adalah lebih bertanggungjawab. SC Johnson juga menggunakan ramuan semua jadi tetapi hanya jika ia menepati standard kami.

  • Kedua-duanya adalah penting tetapi kuantiti adalah kuncinya. Fikirkan begini: Ramai yang bersetuju air adalah bahan kimia yang tidak berbahaya. Tetapi air juga mampu membahayakan jika diminum terlalu banyak. Perkara yang penting dalam pembangunan produk adalah pemilihan bahan kimia yang tepat bagi mencapai matlamat dan menggunakan ramuan utama dengan peratusan efektif paling kecil untuk mencapai hasil yang diinginkan.

  • Walaupun sebahagian bahan kimia seperti asbestos dan arsenic adalah sangat bahaya atau bertoksik, hampir semua bahan kimia juga mempunyai tahap ketoksikan yang tersendiri. Sebagai contoh, table salt (garam halus) atau sodium chloride. Apabila digunakan dalam kuantiti yang sedikit, table salt (garam halus) akan membuat makanan berasa lebih sedap. Tetapi apabila dimakan secara berlebihan, table salt (garam halus) boleh menjadi faktor tekanan darah tinggi. Jadi, adakah ia toksik? Jawapannya: Table salt (Garam halus) BOLEH menjadi toksik jika diambil secara berlebihan, tetapi jika diambil secara bersederhana, ia TIDAK toksik. Perkara yang paling penting adalah kadar atau dos yang digunakan.

  • Ini adalah soalan yang baik dan anda selalunya mendengar tentang perdebatan ini kerana ia berkaitan dengan undang-undang dan peraturan bahan kimia. "Hazad" adalah ciri kepada sesuatu ramuan. Sebagai contoh, hazad table salt (garam halus) adalah ia boleh menyumbang kepada masalah tekanan darah tinggi. "Risiko" adalah KEMUNGKINAN hazad untuk berlaku. Menggunakan table salt (garam halus) sebagai contoh, risiko kepada masalah tekanan darah tinggi menjadi rendah apabila anda tidak mengambilnya secara berlebihan. Jadi, risiko adalah tentang tahap hazad ramuan DAN dos yang diterima oleh individu itu–. Ini merujuk kepada amaun dan tempoh masa terdedah kepada bahaya. Sesetengah orang berpendapat bahawa setiap ramuan dengan sebarang hazad adalah berbahaya. Tetapi, seperti contoh table salt (garam halus) sebelum ini, hazad selalunya boleh diuruskan dengan mudah.

    Di SC Johnson, kami mengambil pendekatan berdasarkan risiko. Ini bermakna:

    •  Memastikan semua ramuan dengan ciri hazad hanya dihadkan pada tahap selamat dan menggunakan kepekatan paling rendah dalam pembuatan produk seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

    •  Mereka cipta produk yang bertindak balas dengan pantas untuk mengurangkan amaun dan jangka masa pendedahan.

    •  Mereka cipta pembungkusan yang mengurangkan pendedahan contohnya memastikan produk yang boleh mencetuskan alahan kepada kulit dibungkus dalam bekas kalis bocor.

    •  Mereka cipta penyembur yang meminimumkan penyedutan, contohnya membuatkan titisan bahan cucian lebih besar supaya ia jatuh ke permukaan yang sedang dibersihkan dan bukannya berlegar di udara.

    •  Menyediakan label arahan jelas bagi menghalang penyalahgunaan yang boleh meningkatkan risiko berkaitan penggunaan produk. Label disediakan dengan sebab–. Sila pastikan anda membaca dan mengikuti arahan.

  • Kami bekerjasama dengan pembekal haruman kami bagi memastikan kami sudah menilai ramuan dalam haruman, kesihatan manusia dan alam sekitar. Kami menepati peraturan yang diwajibkan oleh negara tempat kami beroperasi dan juga standard yang ditentukan oleh Persatuan Haruman Antarabangsa (IFRA).

    Juga, di SC Johnson, kami membuat semakan semula ramuan haruman menjadi lebih baik. Kami bukan sahaja menilai semua bahan itu di bawah standard IFRA malah juga standard kami sendiri. Kami mulakan dengan senarai IFRA dan kemudian gunakan syarat dalaman kami sendiri. Syarat dalaman kami mungkin melihat pada kriteria yang sama dengan IFRA seperti kekarsinogenan, kemutagenan atau ketoksikan reproduktif tetapi kami mungkin mempunyai pandangan berbeza mengenai sesuatu ramuan. Ada masanya, kami turut mengambil kira faktor tambahan seperti keyakinan pengguna terhadap ramuan itu atau pandangan saintifik yang lain.

  • Tidak. Dalam situasi khas tertentu, kami membenarkan penggunaan bahan yang tidak dibenarkan, tetapi kami meletakkan had masa untuk menggunakannya. Walau bagaimanapun, pengecualian sebegini tidak senang untuk diperolehi. Permohonan perlu dibuat kepada ketua hal ehwal global bahagian keselamatan produk dan alam sekitar berserta penerangan tentang sebab ia diperlukan dan cadangan tarikh luput. Jika dibenarkan, ia juga memerlukan kelulusan daripada Ketua Pegawai Kelestarian.

  • Pertama sekali, penting untuk diambil perhatian bahawa setiap pengecualian yang dibenarkan, walaupun bahan tersebut dipersoalkan di SC Johnson, adalah disebabkan terdapatnya bukti yang menunjukkan bahawa ia boleh digunakan secara selamat pada kadar yang dibenarkan, dan kami tidak akan melebihi tahap itu. Dalam situasi ini, kami mungkin memberikan pengecualian atas sebab-sebab seperti:

    • Kami mendapati yang pembekal menambah ramuan tidak dibenarkan kepada sesuatu yang kami beli dan kami memerlukan pengecualian sehingga kami boleh mengubah formula untuk menghapuskannya.
    • Kami mengambilalih jenama atau produk dan mendapati ia mengandungi bahan yang kami anggap tidak dibenarkan, jadi pengecualian diperlukan sehingga kami boleh mengubah formula produk itu.
    • Bagi produk berdaftar, sesuatu produk itu sudah diformulasikan semula bagi membuang bahan yang tidak dibenarkan, tetapi kami masih menunggu pengesahan formula baru itu daripada agensi peraturan yang berkenaan.

  • Bukan semua. Produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi juga mungkin mempunyai lebih banyak alergen berbanding produk yang diperbuat dengan bahan sintetik. Sebagai contoh, haruman yang diperbuat daripada bahan haruman semula jadi mungkin mempunyai kadar alergen yang lebih tinggi berbanding haruman yang menggunakan bahan sintetik sebagai bahan utama.

  • Semua ramuan ini adalah komponen biasa dalam kebanyakan haruman terutamanya yang berasaskan pati minyak seperti haruman citrus, floral (bunga-bungaan) dan pine. Formula kami mungkin mengandungi bahan ini dalam kuantiti yang sedikit, bergantung pada jenis haruman. Kadar selamat yang tidak menyebabkan kesan alahan sudah dikenal pasti dan menjadi dasar bagi standard IFRA yang dibangunkan untuk kesemua 26 bahan ini. Haruman kami menggunakan semua bahan ini dalam kadar kepekatan serendah yang mungkin untuk mencipta haruman. Dan sentiasa berada di bawah kadar selamat yang ditentukan oleh standard IFRA dan mengikut undang-undang berkaitan. Setiap kali salah satu bahan allergens EU 26 digunakan, setiap bahan allergens itu akan diisytiharkan pada label produk dengan jelas seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

    Walaupun terdapat tatanama berbeza untuk semua allergens ini, nama biasa yang dirujuk dalam Panduan Kosmetik EU adalah seperti di bawah:

    •  2-Benzylideneheptanal (Amyl cinnamal)
    •  Benzyl alcohol
    •  Cinnamyl alcohol
    •  3,7-Dimethyl-2,6-octadienal (Citral)
    •  Phenol, 2-methoxy-4-(2-propenyl) (eugenol)
    •  Hydroxycitronellal
    •  Phenol, 2-methoxy-4-(1-propenyl)- (Isoeugenol)
    •  2-Pentyl-3-phenylprop-2-en-1-ol (Amylcinnamyl alcohol)
    •  Benzyl salicylate
    •  2-Propenal, 3-phenyl- (Cinnamal)
    •  2H-1-Benzopyran-2-one (coumarin)
    •  2,6-Octadien-1-ol, 3,7-dimethyl-, (2E)- (geraniol)
    •  3 and 4-(4-Hydroxy-4-methylpentyl) cyclohex-3-ene-1-carbaldehyde (Hydroxyisohexyl 3-cyclohexene carboxaldehyde) (HICC or Lyral)
    •  4-Methoxybenzyl alcohol (Anise alcohol)
    •  2-Propenoic acid, 3-phenyl-, phenylmethyl ester (Benzyl cinnamate)
    •  2,6,10-Dodecatrien-1-ol, 3,7,11-trimethyl- (Farnesol)
    •  2-(4-tert-Butylbenzyl) propionaldehyde (Butylphenyl methylpropional)
    •  1,6-Octadien-3-ol, 3,7-dimethyl- (Linalool)
    •  Benzyl benzoate
    •  3,7-dimethyloct-6-en-1-ol (Citronellol)
    •  2-Benzylideneoctanal (Hexyl cinnamal)
    •  (4R)-1-Methyl-4-(1-methylethenyl)cyclohexene (limonene)
    •  Methyl heptin carbonate (Methyl 2-octynoate)
    •  3-Methyl-4-(2,6,6-trimethyl-2-cyclohexen-1-yl)-3-buten-2-one (alpha-Isomethyl ionone)
    •  Evernia prunastri extract (oak oss extract)
    •  Evernia furfuracea extract (treemoss extract)

  • Sebahagian individu mempunyai alahan kepada ramuan tertentu. Jika anda mempunyai alahan sebegitu, kami cadangkan anda berbincang dahulu tentang hal ini dengan doktor anda. Anda juga boleh menghubungi talian bantuan produk pengguna sebelum menggunakan produk SC Johnson. Mereka boleh membantu bagi memilih produk yang sesuai untuk anda. Anda boleh menghubungi mereka di talian 1800-88-0081.

  • Alergen kulit yang ber dalam SC Johnson atau produk isi rumah yang serupa hanya digunakan dalam jumlah yang sangat rendah bagi mengurangkan kemungkinan bahan tersebut untuk menyebabkan sensitiviti alahan. Walau bagaimanapun, jika seseorang mempunyai sensitiviti sedia ada, pendedahan yang rendah pun boleh menyebabkan reaksi.

  • Kami komited untuk berkongsi bahan yang ada di dalam produk kami supaya individu boleh membuat pilihan yang tepat untuk diri sendiri dan keluarga mereka. Kami sangat berhati-hati dan menggunakan ramuan hanya dalam jumlah yang sangat rendah bagi mengurangkan kemungkinan bahan tersebut menyebabkan reaksi atau sensitiviti alahan. Walau bagaimanapun, sama seperti individu dengan alahan makanan, mereka yang mempunyai sensitiviti sedia ada terhadap bahan haruman boleh mendapat manfaat dengan mengetahui ramuan tertentu yang digunakan.

  • Ianya sangat sukar untuk mencipta produk pembersih yang berkesan dan pada masa yang sama tidak mengandungi sebarang alergen kulit yang ber. Apa yang paling penting adalah, produk pembersih kami tidak sepatutnya menyebabkan atau mencetus reaksi alahan apabila produk digunakan seperti yang diarahkan.

  • Walaupun ramuan digunakan pada tahap yang tidak sepatutnya menyebabkan reaksi, jika berlaku, hentikan penggunaan produk dan hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda.

  • Kesemua para sainstis, pengawalaturan dan Kesatuan Eropah bersetuju yang dos ramuan pada tahap kurang daripada 0.01 peratus berkemungkinan besar tidak akan menyebabkan tindak balas dalam produk membasuh dan membilas. Inisiatif transparensi yang baharu ini akan mendedahkan alergen kulit ber akan diturunkan kepada 0.01 peratus iaitu pada standard yang sama seperti Kesatuan Eropah.

  • Pengguna memberitahu kami yang mereka sukakan haruman kerana mereka mahu wujudkan suasana istimewa di rumah. Haruman boleh menyegarkan udara atau mewujudkan suasana baru selesai dibersihkan seperti yang dikehendaki. Kami juga mengeluarkan produk bebas haruman bagi mereka yang mahu menggunakannya, tetapi kebanyakan kajian kami menunjukkan bahawa pengguna menyukai produk isi rumah yang wangi.

  • Walaupun palet haruman SC Johnson mempunyai lebih kurang 1,300 ramuan, penting untuk diingati bahawa kami sudah mengeluarkan lebih 2,000 ramuan yang biasa digunakan kerana tidak menepati standard SC Johnson. Satu haruman tipikal berasaskan minyak boleh mengandungi sebanyak 50 ramuan berbeza. Haruman yang kompleks mungkin mengandungi sebanyak 50 hingga 200 bahan. Mempunyai 1,300 pilihan dalam palet memberikan peluang kepada haruman kami untuk dicipta secara lebih kreatif supaya hasil haruman adalah menakjubkan seperti yang anda jangkakan.

  • Sebagai syarikat berteraskan kekeluargaan, tiada yang lebih penting kepada kami melainkan kesihatan dan keselamatan keluarga yang menggunakan produk SC Johnson. Itulah sebabnya kami antara syarikat terawal yang menjadikan maklumat ramuan khusus tersedia untuk para pengguna dan sebab mengapa kami komited untuk berkomunikasi secara telus kepada pengguna tentang jenis ramuan dalam produk kami. Kami bekerja keras memilih ramuan yang dipercayai keluarga pengguna dan menilainya berdasarkan kesan kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Klik di sini untuk mendapatkan pandangan penuh kami tentang pendedahan ramuan dan haruman.

  • Dalam dunia hari ini, kita selalu diberitahu yang kita mesti sentiasa menggunakan bahan semula jadi. Daripada makanan kepada pakaian dan pelbagai produk lain, tanggapannya adalah ramuan semula jadi lebih sihat atau dapat membantu mengekalkan sumber dan alam sekitar. Tetapi yang mengejutkan adalah kesnya tidak selalunya begitu. Sebenarnya, bahan sintetik adalah sama seperti bahan semula jadi dari segi ketoksikan.

    Seperti contoh d-Limonene yang ada dalam banyak ramuan haruman semula jadi dan juga adalah salah satu komponen citrus peels (kulit limau), d-Limonene boleh menyebabkan alahan kulit dan berpotensi menjadi toksik kepada organisma dalam air, bergantung kepada dos. Banyak lagi ramuan haruman semula jadi lain yang mempunyai hazad serupa. Malah, amaun d-Limonene dalam citrus peels (kulit limau) sudah cukup untuk diwartakan klasifikasi “Berbahaya” sebagai hazad alahan kulit berdasarkan Kesatuan Eropah DAN dinyatakan dalam simbol “Pokok dan Ikan Mati” kerana berbahaya kepada alam sekitar! Ini adalah label sama yang diperlukan dan banyak ditunjukkan pada label produk isi rumah yang menggunakan d-Limonene synthetic.

    Jadi adakah penggunaan semua sumber ramuan haruman semula jadi perlu dielakkan sepenuhnya? Tidak, dan penggunaan ramuan synthetic yang mempunyai profil yang sama atau lebih baik juga tidak seharusnya dielakkan. Selagi ramuan haruman digunakan dengan kepekatan yang sesuai dalam produk, tiada masalah untuk menggunakannya. Sama juga untuk kedua-dua ramuan semula jadi dan sintetik.

  • Kami memahami yang anda menggunakan produk kami di persekitaran manusia, haiwan peliharaan dan barangan yang anda sayangi. Oleh itu, kami bekerja keras untuk menilai semua ramuan kami berdasarkan kesan kepada alam sekitar dan kesihatan manusia serta berkomunikasi tentangnya secara terbuka. Semua produk SC Johnson yang dilabel sebagai "tiada haruman" atau "bebas haruman", tidak mengandungi ramuan haruman atau bauan. Bagi sebilangan terhad produk yang dilabel sebagai "tiada bauan", haruman spesifik yang diformulasikan khusus digunakan untuk meneutralkan bau yang terhasil dari kandungan produk, dan menghasilkan produk yang tiada bauan. Sila lawat bahagian Haruman pada laman ini untuk maklumat lanjut.

  • Kami mereka cipta produk untuk menepati semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa termasuk:

    • Akta Perlindungan Pengguna, yang menyediakan perlindungan bagi pengguna berkaitan dengan barang dan perkhidmatan.
    • Tataamalan Pengiklanan, yang melarang pengiklanan yang mengelirukan dan memperdayakan.
    • Akta Racun Perosak, yang mengawal selia dan mengawal perkilangan, penjualan, penggunaan, penyimpanan dan pengedaran racun perosak.
    • Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan), yang mengawal selia pewasapan premis dan barang dengan hidrogen sianida.
    • Akta Kualiti Alam Sekitar, yang mengawal selia kualiti alam sekitar melalui pencegahan, pengurangan, pengawalan pencemaran dan peningkatan alam sekitar.
    • Akta Racun, yang mengawal selia import, pemilikan, perkilangan, penyebatian, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan racun tertentu.
    • Garis Panduan CIPAC, WHO, FAO, OECD, iaitu garis panduan yang merangkumi produk racun perosak yang dikeluarkan oleh Kerjasama Majlis Analitis Racun Perosak Antarabangsa, Organisasi Kesihatan Sedunia, Organisasi Makanan dan Pertanian PBB dan Organisasi bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.
    • Dan juga peraturan lain yang boleh diguna pakai untuk produk atau jenis produk yang tertentu.

  • Ia merupakan program pemilihan ramuan. Kami mencipta program Greenlist pada tahun 2001 untuk membantu kami menghasilkan produk terbaik di samping melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar. 

    Ia termasuk proses penilaian empat langkah bagi setiap potensi kesan ramuan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar bagi membantu pengeluar produk membuat pilihan ramuan terbaik bagi produk kami. Semua ramuan yang kami nilai adalah sah untuk digunakan dan sering digunakan oleh syarikat lain. Tetapi kami mengambil langkah tambahan untuk menilai berdasarkan standard kami sendiri.

    Program Greenlist adalah berdasarkan usaha yang teliti dan berterusan untuk mengumpul data terbaik berkaitan ramuan dan kesannya. Ia telah dinilai oleh ramai pakar sejak beberapa tahun lalu termasuk kajian penilaian semula pada tahun 2017.

    Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai program SC Johnson Greenlistdi sini.

  • Tidak semestinya. "Semula jadi" atau rawatan di rumah tidak semestinya lebih selamat, efektif atau rendah kadar allergens. Sebenarnya, banyak produk semula jadi melalui ujian saintifik yang terhad atau tiada langsung berbanding dengan penilaian toksikologi menyeluruh yang diperlukan oleh syarikat seperti SC Johnson untuk formulasi produk mereka.

  • Pewarna, pengawet dan haruman memberikan faedah yang penting. Pewarna boleh menjadi petunjuk visual yang penting untuk membantu anda mengetahui produk yang anda mahu gunakan. Atau untuk produk seperti lilin, pewarna membantu memadankan warna dekor rumah anda. Bahan pengawet mencegah pertumbuhan mikrob ketika produk berada dalam stor atau di rumah, membantu produk untuk tahan lebih lama dan berfungsi dengan lebih baik tanpa menjadi rosak. Akhir sekali, ramai orang mengaitkan haruman yang segar dengan rumah yang bersih dan selesa dan mereka mencari produk yang menawarkan faedah sebegini.

  • d-Limonene adalah bahan haruman penting yang disulingkan daripada ekstrak minyak citrus peel (kulit sitrus). Sedikit amaun d-Limonene boleh ditemui dalam kebanyakan produk haruman kami. Terdapat kebimbangan tentang penggunaan d-Limonene yang kadang kala menyebabkan kulit menjadi sensitif atau alahan ketika disentuh. d-Limonene adalah satu daripada allergens EU 26, iaitu komponen biasa dalam haruman yang berpotensi bertindak balas terhadap kulit individu yang memang sudah mempunyai alahan kepada bahan tersebut.

    Walau bagaimanapun, selaras dengan standard IFRA, kami memastikan yang ramuan haruman itu hanya digunakan dalam kadar konsentrasi yang setakat ini tidak menunjukkan kesan tindak balas alahan kepada individu yang tidak sensitif pada bahan-bahan ini. Oleh itu, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, d-Limonene dilabelkan secara jelas dalam senarai ramuan produk berkaitan apabila ia digunakan.

  • Glycol Ethers adalah keluarga ramuan. Walaupun sesetengah glycol ethers pernah dibuktikan boleh membahayakan organ reproduksi, namun ia tidak bermaksud semua bahan kimia daripada keluarga ramuan tersebut berbahaya. SC Johnson hanya menghasilkan haruman dengan glycol ethers yang menepati standard Persatuan Haruman Antarabangsa dan standard dalaman SC Johnson sahaja.

  • Parabens adalah dalam keluarga bahan pengawet yang digunakan secara meluas dalam kosmetik. Sebahagian haruman kami mengandungi parabens dalam jumlah yang sedikit untuk mengekalkan haruman dan formulanya. Walaupun sebahagian kecil pengguna mempunyai alahan kepada bahan pengawet, ia memainkan peranan yang penting. Tanpa bahan pengawet, banyak produk tidak akan bertahan lebih dari satu atau dua minggu sebelum dicemari oleh bakteria, kulat atau yis. Jadi, kami percaya yang tindakan memasukkan bahan pengawet dalam kuantiti efektif paling sedikit adalah boleh diterima. Kami hanya menggunakan parabens yang menepati standard Persatuan Haruman Antarabangsa  dan standard SC Johnson sendiri.

  • Phthalates sebenarnya adalah sebuah keluarga besar ramuan yang mempunyai banyak kegunaan. Rangkaian palet haruman kami tidak mengandungi phthalates. Pada tahun 2008, kami sudah meminta para pembekal untuk menghentikan penggunaan phthalates daripada haruman yang dibekalkan untuk produk SC Johnson.

  • Musk yang digunakan untuk haruman telah diperolehi daripada ekstrak kelenjar rusa musk jantan sejak bertahun-tahun lamanya. Tetapi dalam beberapa dekad kebelakangan ini, synthetic musk menggantikan natural musk atas alasan etika dan lebih ekonomi. Dua jenis synthetic musk adalah polycyclic dan nitromusk. Haruman SC Johnson tidak menggunakan nitromusk, yang pernah dikaitkan dengan isu reproduktif. Kami menggunakan polycyclic musk (contoh, Galaxolide dan Tonalide) yang biasa digunakan dalam produk isi rumah dan kosmetik. Ia tidak diklasifikasikan sebagai bahan toksik atau bioakumulatif. Bermakna ia tidak akan terkumpul dalam persekitaran.

    Beberapa kajian terkini mengatakan bahawa polycyclic musk dikesan berada dalam sampel darah dan susu ibu. Apabila menerima maklumat sebegini, kami mengambil langkah tambahan dalam analisis ramuan produk kami. Namun, setakat ini, kami masih belum melihat sebarang indikasi saintifik yang menunjukkan kesan buruk polycyclic musk dalam haruman kami. Sama seperti ramuan lain yang kami gunakan, jika ada maklumat saintifik baru yang muncul mengenai polycyclic musk, kami akan menilai kesahihannya dari aspek sains dan membuat perubahan yang sesuai kepada palet haruman kami.