Disodium EDTA
Takrifan
Disodium EDTA merupakan pengkelat yang juga boleh ditemui dalam pelembap, asas solek, pembayang mata dan produk kosmetik yang lain. Ia dihasilkan daripada garam sodium. Perkataan "chelator" (pengkelat) yang disebut sebagai "key-lay-tor" berasal daripada perkataan Yunani "chele", atau "cakar". Bayangkan pengkelat sebagai cakar kecil yang mencapai dan mengambil mineral dalam buih sabun atau kotoran, untuk mengelakkan bahan-bahan ini daripada termendap pada permukaan. Kami menggunakan tetrasodium EDTA dalam produk untuk mengeluarkan buih sabun dan mendapan mineral yang disebabkan oleh air liat. Bahan ini mengikat kepada buih sabun atau mendapan dan membolehkan kotoran ini dibilas. Disebabkan oleh penggunaan EDTA yang meluas, sedikit kebimbangan telah timbul mengenai bioakumulatif berterusan dalam alam sekitar serta potensi EDTA untuk menggerakkan logam dalam tanah. Atas sebab-sebab ini, walaupun tidak terdapat sebarang kebimbangan kesihatan berkaitan dengan EDTA, SC Johnson sedang berusaha untuk mengurangkan dan menghentikan menggunakan EDTA dalam produk kami.