Langkau ke Kandungan Utama

White Mineral Oil

Takrifan

White Mineral Oil merupakan pembawa cecair berwarna jernih yang juga boleh ditemui dalam pelbagai jenis produk kosmetik, penjagaan diri dan produk isi rumah. Sejnis pengangkut yang berfungsi sama seperti namanya - membantu membawa produk ke permukaan dengan mencairkan atau memekatkan formula atau hanya memastikan ramuan lain dicampurkan dengan sama rata dalam formula. Kami menggunakan White Mineral Oil kerana tanpa pengangkut, produk tidak akan berfungsi dengan konsisten di seluruh permukaan. White Mineral Oil juga boleh digunakan sebagai agen pembersihan atau "surfaktan," yang membersihkan debu, kotoran dan tanah atau sebagai penstabil yang membantu mengekalkan formula produk apabila terdedah kepada udara, cahaya atau haba atau sebagai agen penyahbuih yang membantu mengurangkan pembentukan buih bagi mengelakkan kerosakan pada salutan permukaan selepas digunakan.